Status ; I just don’t want to love you a little, I just want to love more
Beautiful Flowers
Friday, July 13, 2012 | 7:19 AM | 0 Rain[s]
kini aku sedar apa itu persahabatan..
selalunya orang akan cakap sahabat yang sejati akan berada disisi kita bila kita memerlukan dan bila kita senang kita akan kongsi kegembiraan bersama tetapi tidak semua yang kita harapkan akan terjadi. ada sahabat yang kita rapat tapi diam-diam dia tidak suka dengan kita. ada juga kawan yang kita tidak suka akan membantu kita bila kita tengah susah. semua itu kuasa Allah. kita hanya berusaha untuk mendapatkan yang terbaik.
Alhamdulillah Allah bagi aku kelebihan so that aku dapat kenal siapa yang ikhlas berkawan dengan aku dan siapa yang hanya menjadi udang disebalik batu. aku bukan jenis suka memilih kawan. aku kawan dengan semua tapi pada masa yang sama aku tau yang mana mengerti erti persahabatan.
bagi aku persahabatan ini sahabat yang akan membantu aku dalam kesusahan dan bila aku dan dia senang akan kami berkongsi rasa yang sama dan dalam pada masa yang sama saling mengingati satu sama lain agar perhubungan akan diredhai Ilahi bukan hanya dengan persahabatan yang penuh dengan dosa noda dan hawa nafsu yang tidak pernah berhenti menyerang manusia yang hauskan keinginan duniawi semata2.
apa-apa pun aku bersyukur kerana mempunyai sahabat yang mempunyai pelbagai perwatakan. dari sini aku dapat belajar erti kehidupan dalam persahabatan...

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Bonjour
You've Stuck


Welcome to My blog. I hope you +Follow me. Cick here to exit. Replace this Welcome Note with your's.
italic underline bold Link

Old Post | New Post